KESULTANAN SULU

KESULTANAN SULU
 
adalah sebuah kerajaan Muslim yang suatu masa dahulu pernah menguasai Laut Sulu di Filipina Selatan. Kerajaan ini didirikan pada tahun 1450. Ketika zaman kegemilangannya, negeri ini telah meluaskan sempadannya dari Mindanao sehingga ke bahagian timur Sabah.
 
 
 
 
SEJARAH
 
Pada tahun 1380, seorang ulama keturunan Arab, Karim ul-Makdum memperkenalkan Islam di Kepulauan Sulu. Kemudian pada tahun 1390, Raja Bagindo yang berasal dari Minangkabau[1] meneruskan penyebaran Islam di wilayah ini. Hingga akhir hayatnya Raja Bagindo telah mengislamkan masyarakat Sulu sehingga ke Pulau Sibutu.[2]
Sekitar tahun 1450, seorang Arab dari Johor iaitu Shari'ful Hashem Syed Abu Bakr tiba di Sulu. Beliau kemudian bernikah dengan Paramisuli, puteri Raja Bagindo. Setelah kematian Raja Bagindo, Abu Bakr melanjutkan pengislaman di wilayah ini. Pada tahun 1457, ia menubuhkan Kesultanan Sulu dan memakai gelaran "Paduka Maulana Mahasari Sharif Sultan Hashem Abu Bakr". Gelaran "Paduka" adalah gelaran tempatan yang bermaksud tuan manakala "Mahasari" bermaksud Yang Dipertuan.
Pada tahun 1703, Kesultanan Brunei memberikan Timur Sabah kepada Kesultanan Sulu atas bantuan mereka menumpaskan pemberontakkan di Brunei. Pada tahun yang sama, Kesultanan Sulu menganugerahkan Pulau Palawan kepada Sultan Qudarat dari Kesultanan Maguindanao sebagai hadiah perkahwinan Sultan Qudarat dengan puteri Sulu dan juga sebagai hadiah persekutuan Maguindanao dengan Sulu. Sultan Qudarat kemudiannya menyerahkan Palawan kepada Sepanyol.


SIAPAKAH SEBENARNYA PEWARIS KESULTANAN SULU ?

Menyentuh tentang isu tuntutan Sultan Sulu ke atas Sabah , saya selaku wakil kepada pewaris Sultan Sulu yang sebenar, ingin memberikan sedikit ulasan mengenainya.
Dunia akan selalu tergempar apabila timbulnya isu Sultan Sulu ingin menuntut Sabah (North-Borneo). Perlu dijelaskan bahawa penyerahan sesuatu "Tanah" bukanlah sesuatu yang mudah. Sebagai contoh, orang Kampung Baru di Kuala Lumpur begitu sukar untuk menyerahkan tanah mereka yang cuma seluas sekangkang kera kepada kerajaan untuk dibangunkan.
Begitulah halnya dengan Sultan Sulu. Tanah wilayah North-Borneo yang seluas sebuah negeri itu bukanlah sebegitu mudah untuk diberikan kepada sesiapa jua. Walaupun Suruhanjaya Cobold (1963) telah membuktikan bahawa rakyat Sabah mahu merdeka dengan Malaysia, tetapi bagaimana dengan hak tuan punya tanah?
Kesultanan Sulu yang mempunyai ramai pewaris tidak termasuk mereka yang menyamar sebagai waris Sultan Sulu akan sentiasa ingin membuat tuntutan ke atas Sabah dengan apa cara sekalipun.

Kesultanan Sulu mempunyai tiga waris sebagai Keluarga Diraja Kesultanan Sulu (sepertimana dilambangkan dengan tiga lambang senjata dalam Bendera Kesultanan Sulu) iaitu:
a) Keluarga yang dipanggil sebagai "Keluarga Pewaris Pertama".
    1. Keluarga Kiram (Lambang Keris).
    2. Keluarga Shakiraullah (Lambang Barung/Parang Sulu Lebar).
b) Keluarga yang dipanggil sebagai "Keluarga Pewaris Kedua".
    3. Keluarga Maharajah Adinda/Dinda/Arinda.

Dan juga perlu dimaklumi bahawa Kesultanan Sulu mengamalkan "Sistem Penggiliran Takhta" antara ketiga-tiga warisnya.(Seperti sistem yang pernah diamalkan di Perak dan Pahang).

 

PERWARISAN KESULTANAN SULU
 
@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@
 
Sabah pernah menjadi sebahagian daripada Kesultanan Sulu. Politik Sabah dan Filipina berubah sejak penjajahan British, Sepanyol dan Amerika menjejakkan kaki ke rantau ini.
 
 

 
 
Sumber maklumat :
 
Nor Azliyana Azmi | Sukarelawan Misi Turun Ke Desa (TURDA 5.0) Sabah. | Exco Pembina & Latihan Grup Sukarelawan Darul Ehsan (DE VOLUNTEER).
 


Comments