Re4Act ft. Sukarelawan Misi TURDA 5.0

Assalamualaikum dan salam sejahtera 😊

Pada 27 Disember 2017, satu program anjuran Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) UNISEL Bestari Jaya dengan kerjasama persatuan Grup Sukarelawan Darul Ehsan (De Volunteer) telah diadakan di Cafe Dewan Biru. Program yang dijalankan ialah Reformation of Interactive atau lebih dikenali dengan Re4Act.

Tujuan Re4Act :

+ menyampaikan isu global
+ menyerlahkan bakat seni (pidato & puisi)
+ perbincangan forum silang OP


  • Untuk Re4Act kali ini, para sukarelawan yg akan turut serta ke Misi TURDA 5.0, telah bersama-sama menjayakan program. Re4Act pada kali ini dilakukan sebagai salah satu elemen persiapan diri kepada para sukarelawan sebelum memjalankan misi mereka. 


Hal ini kerana, perkaitan antara Re4Act pada kali ini dengan Misi TURDA 5.0 adalah :

+ melatih kemahiran bercakap di tempat awam
+ sukarelawan yang cakna dengan isu ummat global
+ melatih bakat seni (pidato & puisi)

Semoga dengan adanya program Re4Act ini akan membantu para sukarelawan untuk lebih berani dalam mengemukakan pendapat dan pandangan mereka dalam sesuatu perkara serta lebih cakna dengan isu semasa yang berlaku di sekeliling kita.


Antara sukarelawan yang sedang menyampaikan perkongsian mereka berkaitan isu yang dibaca semasa Re4Act.


Perkongsian oleh saudari Hanim yg merupakan salah seorang sukarelawan Misi TURDA 5.0.



Comments