Peta Borneo di lukis oleh Sepanyol pada abad ke-16
Sebelum abad ke-6, hampir seluruh kepulauan Borneo adalah di bawah kuasa kesultanan Brunei. Sumber dari Rekod Sejarah Brunei (Brunei Annals)pada tahun 600 Masihi, merekodkan tentang perhubungan diplomatik dan perdagangan antara kerajaan Brunei dan Kerajaaan Cina pada ketika itu. Penempatan Cina dikatakan berada di kawasan Kinabatangan berdasarkan sumber arkeologi seperti seramik yang di temui di kawasan tersebut sekaligus menunjukkan bahawa aktiviti petukaran barang, seramik dan rempah ratus pernah berlaku.
Sebelum pendudukan British, Kepulauan Borneo mempunyai tiga bentuk sistem politik iaitu:
1. 1. Sistem politik kesukuan
Terdapat di kawasan pedalaman yang dianggap merdeka dan di huni oleh kaum-kaum Dusun, Murut dan Sungai. Kaum-kaum ini hidup terpisah dengan kumpulan lain atas factor-faktor geografi seperti banjaran, bukit bukau, sungai dan jeram.
2. 2. Sistem politik Kesultanan
Sistem ini wujud di sekitar persisiran pantai barat dan timur Borneo Utara dan bertapak kukuh di Pantai Barat. Kawasan-kawasan ini di uruskan atau di tadbir oleh wakil-wakil kesultanan Brunei. Walaupun dalam system Kesultanan Brunei tanah dan rakyat terletak di bawah kuasa mutlak Sultan, namun dalam kes Borneo Utara, kaum bangsawan Brunei di beri hak ke atas tanah dan penduduk. Hal ini menyebabkan tanah-tanah di Pantai Barat terpecah kepada 3 iaitu :
a) Tanah milik para Pengiran
b) Tanah Kuripan
c) Tanah Sultan
3. 3. Sistem Politik Kuasa Bebas
Sistem ini wujud kerana keberanian, keperwiraan seseorang tokoh yang dapat mencabar kuasa Sultan.Tokoh-tokoh ini menegakkan kekuasaan dan kewibawaan mereka melalui undang-undang sendiri tanpa mengiktiraf atau menghiraukan kuasa-kuasa lain. Golongan-golongan adalah daripada ketua-ketua yang mempunyai pertalian darah dengan kesultanan Sulu serta keturunan Arab Sharif. Contoh tokoh-tokoh ini adalah seperti Sharif Usman yang memerintah Marudu sekitar tahun 1830-1840.
NURFARZANA AHMAD ROSLEN | SUKARELAWAN MISI TURUN KE DESA (TURDA 5.0) SABAH | PENOLONG BENDAHARI GRUP SUKARELAWAN DARUL EHSAN (DE VOLUNTEER)
Comments
Post a Comment