SEJARAH KEMASUKAN ISLAM KE SABAH


SEJARAH KEMASUKAN ISLAM KE BORNEO

SEJARAH KEMASUKAN ISLAM KE SABAH

Mengikut sejarah Sabah, ia mempunyai kaitan rapat dengan perkembangan seluruh kepulauan Borneo. Sejak abad kel 1M, sudah ada penempatan kekal di muara-muara sungai. Terdapat orang-orang luar menetap di negeri-negeri Borneo seperti orang Cina, Arab dan pendatang dari Indonesia dan Semenanjung Malaysia. Orang Hindu dari India pernah datang ke Borneo memperkenalkan sistem tulisan yang dikenali sebagai Baybayin kepada penduduk tempatan. Kebudayaan Hindu-Buddha dan Islam telah mempengaruhi penduduk tempatan. Di antara tahun 600 hingga 1500M, beberapa lawatan telah dibuat oleh dutaduta dari tempat yang bernama 'Po-lo', 'Po-li',' Ye-po-ni' dan lain-lain nama lagi yang kesemuanya terletak di Pantai Barat Borneo. Ahli sejarah berpendapat nama-nama itu mungkin berkaitan dengan Borneo, malah sejarah Wangsa Chung juga mencatatkan mengenai Brunei. 
      
      Dalam pertengahan abad ke 14M, kerajaan Brunei tunduk kepada Majapahit, sebuah empayar Hindu-Jawa. Raja Majapahit yang bernama Angya Wijaya telah membantu Brunei menamatkan pemberontakan tempatan. Namun pada akhir abad ke 14M setelah kerajaan Majapahit jatuh, Brunei kembali berhubung dengan kerajaan China. Dalam salasilah raja-raja Brunei yang diteijemahan oleh Sir Hugh Low ada menyebut bahawa Raja Brunei dari keturunan "Bisaya" yang bernama Awang Alak Bertabah telah dipanggil oleh Sultan Johor yang bernama Sultan Bahkeii. Pemergian Tuan Alak Bertabah dianugerahkan gelaran Sultan Muhammad dan Patih Berbi digelar Bendahara Sen Maharaja. Sultan Muhammad menjadi sultan yang pertama dan Bendahara Seri Maharaja menjadi Pengeran Bendahara Brunei. Baginda dikurniakan dengan nobat, nafiri, gong dan lain-lain alat kebesaran di raja. 




       
        Daripada peristiwa inilah dipercayai bermulinya kesultanan Brunei yang beragama Islam. Taiikh yang tepat tidak dapat dipastikan tetapi ramai ahli sejarah berpendapat ia berlaku pada akhir abad ke 15. Gambaran perkembangan Borneo ini sedikit sebanyak menggambarkan hubungan luarnya dengan kuasa-kuasa dunia ketika itu. Secara langsung ia menjelaskan adanya pengaruh adat, budaya dan agama ke atas wilayah-wilayah di Borneo. Perkembangan Islam juga tentunya tersebar hasil dari hubungan kerajaan Borneo dengan kuasa-kuasa luar.




Comments