PUISI TURDA 5.0 (Hari - 3)

PUISI 'KEHIDUPAN'

30/1/2018
Kg.Sumbilingon, Ranau, Sabah.
Hari Ketiga

Aku menyusuri perjalanan ini,
dengan niat yang baru,
agar aku dapat menabur jasa,
kepada mereka yang memerlukan.

Bagiku,
ini adalah pengembaraan,
sebagai satu jalan untuk mencari permulaan,
demi menemukan sebuah kehidupan.


Azliyana Azmi
Sukarelawan TURDA 5.0
Kg. Sumbilingon, Ranau.





Puisi 'SYUKUR'

30/1/2018
Kg. Sumbilingon, Ranau, Sabah
Hari Ketiga

Syukur ku lafazkan 
Kerana masih diberikan kehidupan
Ku melihat matahari terbitan
Melihat suasana kanak-kanak senyum kegeriangaan

Alangkah tersentuh jiwa ku merasakan
Melayari kehidupan untuk seketikaan
Bersama mereka yang memerlukan dahaga ilmuaan 
Bahkan kehidupan mereka harus diteruskan

Aisyah Norh
Sukarelawan TURDA 5.0
Kg. Sumbilingon





Comments