PUISI 'KEINDAHAN'
4/2/2018
Kg. Melinsau Darat, Ranau, Sabah.
Hari Kelapan.
4/2/2018
Kg. Melinsau Darat, Ranau, Sabah.
Hari Kelapan.
Adik menyanyi tepuk amai-amai,
Menyanyi pula bersama Siti,
Mencari tuntul beramai-ramai,
Semua gembira senang hati.
Dalam sungai ada keli,
Keli ditangkap bersama Mohan,
Sungainya jernih cantik sekali,
Itulah tanda ciptaan Tuhan.
Jalan-jalan pergi pekan,
Hendak beli sayur keladi,
Terima kasih kami ucapkan,
Buat aunty Didi dan Aunty Cindy.
Azliyana Azmi
Sukarelawan TURDA 5.0,
Kg. Melinsau Darat, Ranau, Sabah.
Azliyana Azmi
Sukarelawan TURDA 5.0,
Kg. Melinsau Darat, Ranau, Sabah.
PUISI 'CIPTAAN TUHAN'
4/2/2018
Kg. Sumbilingon
Hari Kelapan
Hampir ku mengerti
Ciptaan tuhan itu lebih indah dilalui
Pacaindara yang diberi
Gunakan sebaik mungkin agar tidak dilekai
Untuk melihat ciptaannya ini
Suasana yang diberi
Memberi satu insprasi
Menikmati hidup yang diberi
Keindahan alam diciptakan ini
Ciptaan tuhan iaitu Ilahi
Aisyah Norh
Sukarelawan TURDA 5.0
Kg. Sumbilingon, Ranau, Sabah.
Comments
Post a Comment