PUISI TURDA 5.0 (Hari - 5)

PUISI 'KESUNGGUHAN'
1/2/2018
Kg. Sumbilingon, Ranau, Sabah
Hari Kelima

Usaha dan kesungguhan itu,
Membuatkan hatiku tersentuh.
Semangat kental anak-anak ini perlu dicontohi,
Dimaknai dengan sebaik mungkin.
Kedatangan kami dilihat seperti membawa sebuah harapan,
Seperti hendak mengubah kehidupan kearah yang sempurna.
Wahai adik-adikku,
Semoga Allah mudahkan urusan pencarian ilmu untuk mu.

Azliyana Azmi
Sukarelawan TURDA 5.0
Kg. Sumbilingon, Ranau, Sabah.







Puisi 'KEJAYAAN'

1/2/2018
Hari Kelima
Kg. Sumbilingon

Adikku kejayaan satu kesempuranaan yang sempurna
Gapailah kejayaan itu mencapai satu matlamat kehidupan

Adikku kejayaan yang kau bawa perlu diteruskan
Kerana kejayaan yang kau bawa satu pengharapan

Adikku kejayaan perlukan kesungguhan
Capailah kejayaan itu dengan ketekunan

Adikku kejayaan sebuah penghargaan
Kerana kejayaan ekaulah satu pengorbanan

Aisyah Norh
Sukarelawan TURDA 5.0
Kg. Sumbilingon, Ranau, Sabah.

Comments