SEJARAH PERKEMBANGAN PENDIDIKAN DI SABAH (1963-1988)
Pada tahun 1883, sebuah sekolah telah dibuka di Sandakan oleh pihak misionari Roman Katolik. Pada masa yang sama juga sebuah lagi sekolah ditubuhkan di Inobong Penampang oleh pihak yang sama dan sehingga awal abad ke-20, terdapat tujuh sekolah mission yang diselenggarakan oleh pihak misionari Roman Katolik serta Anglikan di Sabah. Peranan kerajaan untuk terlibat sama dalam penyediaan pendidikan hanya bermula pada tahun 1915 apabila sekolah rendah pertama dibuka di Kota Kinabalu yang pada masa itu dikenali sebagai Jesselton. Sehingga tahun 1926, pendidikan sekolah rendah telah dilaksanakan dalam bahasa Inggeris, bahasa Melayu, bahasa Cina dan juga bahasa Kadazan. Pada masa tersebut bilangan sekolah rendah adalah sebanyak 89 buah dengan jumlah murid sebanyak 3,142 orang.

Semasa Perang Dunia Kedua, pelaksanaan pendidikan masih lagi diteruskan tetapi kurikulumnya adalah berdasarkan kepada falsafah Jepun. Pengajaran bahasa Jepun adalah diwajibkan dan sebarang pengaruh barat tidak dibenarkan. Bagaimanapun keadaan ini berubah setelah kekalahan pihak Jepun pada tahun 1945. Seterusnya pengaruh British dalam bidang pendidikan bertapak semula. Pada tahun berikutnya, Sabah telah menjadi tanah jajahan British dan seorang pengarah pendidikan kemudiannya dilantik. Seterusnya pelan pendidikan lima tahun telah digubal dan dilaksanakan semasa tempoh 1947 – 1952. Antara perkara yang ditekankan dalam pelan pendidikan ini adalah, i. enam tahun pendidikan sekolah rendah untuk semua, ii. pembenterasan buta huruf, iii. pendidikan kesihatan dan pertanian, iv. pendidikan untuk kanak-kanak perempuan dan v. latihan vokasional. Dalam sistem pendidikan berkenaan, bahasa Inggeris diberikan kedudukan yang istimewa.
Tahun-tahun 1950-an menampakkan satu perkembangan yang baru dalam pendidikan di Sabah. Pada masa-masa ini,  Lembaga Pendidikan Sabah dan lembaga-lembaga pendidikan di peringkat  daerah telah ditubuhkan. Antara fungsi lembaga-lembaga ini adalah untuk memberikan nasihat serta laporan kepada pihak kerajaan tentang segala pertanyaan terhadap polisi, kandungan peraturan-peraturan serta apa-apa perkara yang menjejaskan perkembangan pendidikan di Sabah. Pada lingkungan masa ini juga, sebuah sekolah menengah pertama telah ditubuhkan, iaitu Maktab Sabah yang terletak di Kota Kinabalu. Seterusnya pada akhir era kolonial iaitu pada tahun 1963, terdapat 489 sekolah rendah dan 30 sekolah menengah dengan jumlah murid sebanyak 63,482 di sekolah rendah dan sebanyak 6,575 murid di sekolah menengah. Selain daripada itu, pada masa itu juga terdapat sebuah sekolah perdagangan dengan jumlah pelajar sebanyak 147 orang.

Dalam tempoh 25 tahun itu (1963 – 1988), bidang pendidikan di Sabah memperlihatkan perkembangan serta perubahan  yang mengkagumkan. Antara perubahan yang paling penting dalam tempoh tersebut ialah pendemokrasian pendidikan yang bererti pendidikan secara percuma dan bersifat serwajagat. Perubahan ini amat ketara apabila terdapat pertambahan bilangan murid yang ramai, iaitu pada tahun 1963 dengan hanya 70,057 murid sahaja tetapi telah meningkat kepada 326,254 pada tahun 1988. Pertambahan bilangan murid ini memperlihatkan pertambahan hampir lima kali ganda. Masa-masa ini juga memperlihatkan perubahan bahasa pengantar daripada bahasa Inggeris kepada bahasa Melayu kecuali sekolah rendah Cina. Bagaimanapun, tahun 1983 merupakan titik penting dalam perkembangan pendidikan apabila kerajaan melaksanakan kurikulum baru di sekolah rendah. Seterusnya pengenalan kurikulum yang baru juga dilaksanakan di sekolah menengah pada tahun 1988. Kurikulum baru ini amat penting kerana ia adalah berlandaskan kepada falsafah pendidikan yang berorientasikan masyarakat dan negara bangsa Malaysia.

PERKEMBANGAN DAN PEMBANGUNAN FIZIKAL
Pada masa-masa awal kemerdekaan, usaha-usaha pembangunan pendidikan yang dilakukan oleh Jabatan Pendidikan adalah berdasarkan kepada polisi yang digubal oleh Lembaga Pendidikan Sabah. Kemudiannya apabila Jabatan Pendidikan diintegrasikan sepenuhnya dengan sistem persekutuan, polisi pendidikan kebangsaan telah diadaptasi dan digunapakai di Sabah. Bagaimanapun terdapat sedikit perbezaan di antara dua sistem ini. Secara dasarnya, polisi pendidikan kerajaan persekutuan adalah untuk i. Menyediakan tempat belajar bagi semua kanak-kanak dalam lingkungan umur belajar di sekolah rendah dan seterusnya di peringkat sekolah menengah, ii. Membangunkan kemudahan dan prasarana pendidikan, terutama di kawasan luar bandar dalam usaha untuk merapatkan jurang perbezaan kemajuan dengan masyarakat bandar, iii. Membangunkan latihan vokasional di samping membangunkan kemudahan latihan perguruan, dan iv. Membangunkan kemudahan pendidikan serta perkhidmatannya dalam usaha untuk mempertingkatkan kualiti pendidikan.
Sehingga itu, kerajaan persekutuan sejak tahun 1965, telah memperuntukkan sebanyak $982.15 juta melalui lima Pelan Pembangunan Malaysia. Ini adalah bukti sokongan dan komitmen kerajaan persekutuan terhadap pembangunan pendidikan di Sabah. Dalam analisis perbelanjaan bagi empat Pelan Pembangunan Malaysia, terdapat sedikit kurangan daripada jumlah peruntukan yang sepatutnya (19%). Ini disebabkan ia dibawa ke Pelan Pembangunan Malaysia yang seterusnya kerana terdapat sedikit kelewatan dalam pembangunan pendidikan di Sabah. Antaranya ialah kelambatan memperolehi tanah, masalah perhubungan dan sebagainya. Seterusnya prestasi perbelanjaan pembangunan telah meningkat kepada 89% pada akhir Pelan Pembangunan Malaysia keempat.
Satu ciri yang menonjol dalam Pelan Pembangunan Malaysia ketiga dan keempat ialah perbelanjaan yang banyak dalam program-program pembangunan kemudahan pendidikan terutama sekali di kawasan luar bandar. Dalam tempoh sepuluh tahun tersebut, sebanyak 128 buah sekolah rendah, 24buah sekolah menengah dan 3 buah sekolah vokasional telah dibina. Selain daripada itu, dua buah maktab perguruan juga telah siap dibina di Sandakan dan Keningau. Pendidikan melalui radio dan televisyen juga telah diperkenalkan bersama-sama dengan pembekalan alat radio, TV dan generator. Usaha-usaha ini juga diteruskan dalam Pelan Pembangunan Malaysia kelima dengan pengwujudan pusat-pusat sumber di peringkat sekolah dan daerah di seluruh negeri. Walaupun terdapat sedikit kemelesetan eknonomi  yang menjejaskan negara, tetapio Kerajaan Persekutuan telah meneruskan usaha pembangunan pendidikan di negeri ini. Dalam masa Pelan Pembangunan Malaysia yang kelima, Kerajaan Persekutuan telah memperuntukkan sebanyak $306.72 juta bagi pelbagai program pembangunan pendidikan di negeri ini.

Ini merupakan Pondok Fii Dzilalil Quran yang terletak di Kg Tamau, Kota Belud, Sabah


 Pondok ini bermula sekitar tahun 2000 setelah berpindah dari lokasi pertama di Kampung Rosok juga di Kota Belud ini. Ia bermula dengan surau dan kemudian semakin membesar dengan rumah guru, beberapa pondok atau asrama kayu dan simen, dapur, maktabah dan sebagainya. Buat masa ini terdapat 18 orang pelajar remaja yang menuntut di pondok ini dengan beberapa orang guru tetap dan sambilan yang membantu secara sukarela demi kemajuan ilmu dan tarbiyyah untuk para penuntutnya. Sesuatu yang sangat menggembirakan ialah kebanyakan dana disumbangkan oleh umat Islam serata tempat dari seluruh negara.












Comments