KESULTANAN Sulu di timur laut Nusantara dipercayai telah wujud sejak penghujung abad ke-14.
Kemunculan Kesultanan Sulu boleh dikatakan hampir serentak dengan kemunculan Kesultanan Melaka, Kesultanan Brunei di Borneo dan Kesultanan Aceh di barat laut Nusantara.
Walaupun tidak ada tarikh tepat bila kesultanan ini ditubuhkan dan siapakah tokoh sebenar yang menubuhkan Kesultanan Sulu, namun kerajaan Sulu telah pun wujud sejak era empayar Hindu Majapahit lagi dan ia kemudian berkembang sebagai sebuah kerajaan yang kuat di bawah Kesultanan Islam Sulu setelah Islam tersebar di Nusantara.
Beberapa laporan menyebut, Kesultanan Islam Sulu ditubuhkan pada 1458 oleh seorang ulama dari Johor yang dikenali sebagai Abu Bakar yang tiba di Bwansa dekat Jolo.
Ketibaan Abu Bakar disambut baik oleh Rajah Baguinda Buansa dan Datu serta ketua-ketua di Jolo kerana Abu Bakar juga merupakan seorang yang berdarah raja.
Semasa berada di Sulu, Abu Bakar telah menyebarkan Islam di kalangan kaum Tausug dan menyatukan penduduk yang tinggal di pantai dan di bukit, yang sebelum itu berseteru.
Abu Bakar kemudian berkahwin dengan salah seorang puteri Rajah Baguinda, Paramisali.
Selepas Rajah Baguinda mangkat, Abu Bakar kemudian diangkat sebagai pemimpin Sulu dengan memakai gelaran Sharif ul-Hashim, dan menjadi Sultan Sulu pertama dengan menjadikan Sulu sebagai sebuah kerajaan Islam dan menggunakan hadis dan al-Quran sebagai undang-undang di bawah pemerintahannya.
Sejak itu, Kesultanan Sulu menjadi sebuah kerajaan Islam dan wilayah jajahannya meliputi Sulu, Borneo Utara termasuk Sabah, Palawan, Mindoro dan Basilan.
Kesemua Sultan Sulu dan Datu-datu di dalam wilayah Sulu selepas beliau kemudian mendakwa adalah waris atau keturunan kepada Abu Bakar.
Pemerintahan Abu Bakar bertahan selama 30 tahun dan selepas kemangkatannya, anaknya Kamal-ud-Din telah menggantikannya sebagai Sultan Sulu. Makam Abu Bakar masih lagi boleh dilawat di Gunung Tumatangis.
Ketokohan dan kehebatan Abu Bakar memimpin Kesultanan Sulu di bawah panji-panji Islam telah menukar bangsa Tausug sebagai pejuang Islam yang berani dan sanggup mati syahid bagi mempertahankan Islam dan bumi Sulu daripada penjajah ketika itu.
Oleh kerana itu, penjajah Sepanyol yang menjajah Filipina selama 333 tahun sejak kedatangan Ferdinand Magellan pada 16 Mac 1521 gagal menewaskan tentera Kerajaan Islam Kesultanan Sulu dalam peperangan yang berlarutan hampir tiga abad dan Sepanyol hanya berjaya menawan Sulu pada hujung tempoh penjajahannya dengan menandatangani perjanjian dengan Kesultanan Sulu pada 1885.
Perjanjian itulah buat pertama kalinya menyaksikan terhapusnya Kesultanan Sulu apabila Sultan Sulu ketika itu Sultan Jamalul Kiram II bertindak menyerahkan wilayah, kerajaan dan kedaulatannya kepada Sepanyol.
Malahan Jamalul Kiram II jugalah yang bertindak menandatangani perjanjian dengan Amerika Syarikat di bawah Perjanjian Carpenter pada 1915 menyerahkan wilayah, kedaulatan, dan kekuasaan Sulu kepada Amerika Syarikat.
Sejak itu, Kesultanan Sulu ibarat sebuah institusi beraja tanpa negara, kerajaan, kedaulatan dan kekuasaan.
Perjalanan sejarah Kesultanan Sulu sejak ditubuhkan sehinggalah kejatuhannya, penuh dengan warna-warni seperti mana kerajaan-kerajaan monarki yang lain di dunia, penuh dengan hasad dengki, pembunuhan dan perebutan kuasa.
Walaupun Kesultanan Sulu kini hanya tinggal sebagai sebuah institusi beraja, isu perebutan takhta ke atas institusi kesultanan itu masih berterusan antara waris-warisnya sampai sekarang.
Sumber artikel/Bahan rujukan :
Artikel Penuh: http://ww1.utusan.com.my/utusan/Laporan_Khas/20130310/lk_03/Sejarah-Kesultanan-Sulu#ixzz55MHE4T4w
© Utusan Melayu (M) Bhd
Artikel Penuh: http://ww1.utusan.com.my/utusan/Laporan_Khas/20130310/lk_03/Sejarah-Kesultanan-Sulu#ixzz55MGoyLXJ
© Utusan Melayu (M) Bhd
Nor Azliyana Azmi | Sukarelawan Misi Turun Ke Desa (TURDA 5.0) Sabah | Exco Pembina & Latihan Grup Sukarelawan Darul Ehsan (DE VOLUNTEER).

Comments
Post a Comment