Sosio Politik Sabah

Sosio Politik Sabah

Sabah atau sebelumnya kemerdekaan dikenali sebagai Borneo Utara sebagai sebuah unit politik pada tahun 1882 yang pada ketika itu diperintah oleh The British North Borneo Chartered Company (BNBC). BNBC memerintah Sabah sehingga tahun 1941. Sabah telah dijajah terus oleh penjajah British selama 17 tahun sebagai British Crown Colony. Sabah bersama-sama Sarawak dan Singapura mendapat .kemerdekaan apabila menyertai Malaysia pada 16 September 1963.


Gambar 1 : Logo British North Borneo Chartered Company (BNBCC)




         
Gambar 2 : Bendera British Crown Colony yang hampir sama dengan jatah negeri Sabah

Penduduk Sabah terdiri daripada bcberapa kumpulan etnik yang melebihi 50 kumpulan mengikut bahasa pertuturan dan budaya. Kumpulan yang terbesar ialah Kadazandusun, diikuti dengan Bajau, Murut, Melayu Brunei,lain-lain bumiputera dan Cina. Dari segi komposisi pen dud uk, sepertijuga penduduk Sarawak, tidak wujud satu kumpulan etnik yang dominan melebihi 50 peratus jumlahnya. Mengikut perangkaan tahun 2007 jumlah semua penduduk Sabah ialah 3.15 juta.

Komposisi penduduk Sabah
Bumiputera 1.91 juta
Melayu 381,000 ribu
Kadazandusun S4 7 ,000 ribu
Bajau 4 I 8,000 ribu
Murut 102.000 ribu
Bumiputera lain 457,000 ribu
Bukan Bumiputera 453,000 ribu
Cina 303.000 ribu
India 12,000 ribu
Lain-lain 138,000 ribu
Bukan Warganegara 790,000 ribu
Jumlah Penduduk 3.51 juta

Sebelum Perang Dunia Kedua. tidak terdapat sebarang persatuan sosiobudaya peribumi yang jelas dan terarah di Sabah seperti yang berlaku di negeri-negeri di Tanah Melayu dan Sarawak. Misalnya, isu pengajaran Bahasa Inggeris di sekolah vernakular Melayu, pelajaran bagi anak-anak perempuan bumiputera, soal tanah bumiputera dan hutang-piutang petani bumiputera kepada tauke Cina.Walau bagaimanapun, isu-isu yang diketengahkan ini kurang mendapat layanan daripada pemerintah kerana dasar pemerintah yang mengehadkan pengajaran bahasa Inggeris dan alasan kekurangan dana bagi mendirikan sekolah untuk anak-anak perempuan.
Persatuan yang dimaksudkan ialah Klub Muslim Jesselton (The JesseIton Muslim Club) yang ditubuhkan pada 28 Januari 1933 dan diketuai oleh Mohammad Yaakub dan Haji Mohammad Shamsudin Osman. Persatuan ini dirasmikan oleh Residen lesselton sendiri iaitu Residen I Maxwell.
Seorang ahli Persaudaraan Sahabat Pena Malaya (PASPAM) Brunei, Mohd. Zain Wali dikhabarkan telall menghadiahkan sebuah novel Melayu bertajuk “lakah Salmah” kepada ahli PASPAM Tawau semasa beliau berkunjung ke sana pad a bulan Ogos 1939. Seterusnya, seorang tokoh PASPAM Labuan, Zakaria Gunn mengadakan lawatan sambil belajar di eawangan yang berhampiran iaitu Brunei pada 15 Julai 1939. Kebanyakan ahli PASPAM terdiri daripada guru sekolah Melayu, pegawai rendah kerajaan dan peniaga keci!. Kegiatan PASPAM ini terhad di bandar-bandar yang mempunyai kemudahan perhubungan dan bcrlegar dalam kalangan mereka yang berpendidikan dan celik huruf.


Gambar 3 : Buku Iakah Salmah?


Dalam kegiatan berpersatuan, bahagian Tawau merupakan antara bahagian yang aktif sejak sebelum Perang Dunia Kedua. Kedudukan Tawau yang bersempadankan Indonesia dan berfungsi sebagai bandar pelabuhan serta pengeluar hasil keluaran pertanian dan pembalakan telah banyak menarik kedatangan orang keluar masuk dari pelbagai pelosok Nusantara termasuk Jepun dan Cina. Kehadiran permastautin orang luar secara tidak langsung membawa budaya luar sama ada negative dan positif. Antaranya ialah kemasukan unsur nasionalisme Indonesia dan kesedaran penduduk Islam (keturunan Arab dan India Islam) dalam kalangan mereka telah melahirkan persatuan-persatuan sosiobudaya dan agama. Di bawah bimbingan Hj. Abu BakarTitingan dan OKK Hj. Zainal Daeng Kerahu, PIT telah digerakkan untuk kebajikan dan kesejahteraan masyarakat Islam di Tawau. Penubuhan persatuan berpaksikan Islam yang dimulakan di Tawau itu telah membawa kepada kewujudan persatuan-persatuan Islam di pantai barat Sabah seperti Persatuan Islam Putatan, Persatuan Islam Sembulan dan Persatuan Islam Sabah. Persatuan-persatuan ini kemudiannya bergabung di bawah satu persatuan yang lebih besar dengan nama Pertubuhan Islam Seluruh Sabah (United Sabah Islamic Association).


Gambar 4 : Kedudukan daerah Tawau

Menjelang pengumuman gagasan Malaysia pada Mei 1961 telah menunjukkan penglibatan pemimpin-pemimpin Kadazandusun seperti Stephens dalam Angkatan gaya Baru (AGABA) mulai berkurangan. Pernimpin-pemimpin tersebut bergerak aktif dalam kegiatan Persatuan Kadazan yang lahir daripada Kadazan Youth Association pada tahun 1958. Kejayaan mendapatkan pengiktirafan Pesta Kaamatan sebagai hari pelepasan umum telah memberi rangsangan kepada orang Kadazandusun untuk memikirkan langkah ke arah menyatupadukan orang Kadazandusun-Murut di seluruh Sabah. Pad a bulan Mac 1960, Persatuan Kadazan telah bersetuju untuk membentuk satu organisasi pusat yang dikenali sebagai United National Kadazan Organisation (UNKO). Pada peringkat ini, UNKO belum berfungsi sebagai parti politik. Hanya apabila gagasan Malaysia diumumkan, cadangan menjadikan UNKO badan pusat bagi persatuan kebudayaan seluruh Sabah bertukar menjadi badan politik dengan nama yang sarna bagi membela kepentingan orang Kadazandusun dan Murut.

Persatuan Kadazan ditubuhkan untuk memaju dan memperluaskan penggunaan bahasa, budaya dan pendidikan orang Kadazan. Melalui persatuan ini masyarakat Kadazan dapat menyuarakan tuntutan dan pandangan mereka berkaitan dengan perkara-perkara penting yang menyangkut masyarakat mereka kepada pemerintah penjajah British. Antara tuntutan yang berkesan dan dilaksanakan pemerintah ialah mengiktiraf Pesta Menuai sebagai hari kelepasan am negeri Sabah. Pengiktirafan tersebut telah memarakkan lagi semangat kebangsaan dan perpaduan orang-orang Kadazan.

Pada awal pembentukannya, UNKO mendapat sokongan besar daripada kalangan orang Kadazandusun dari Penampang dan Papar. Keahliannya terbuka kepada orang Kadazandusun sahaja. Akan tetapi, kemunculan United Sabah National Organization (USNO) yang membuka keanggotaannya kepada semua masyarakat bumiputera Sabah telah menyebabkan dasar keahlian UNKO tergugat kerana ramai bumiputera Dusun yang tidak bersetuju dengan penggunaan perkataan Kadazan telah menyertai USNO. Golongan orang Dusun ini khuatir tentang kedudukan mereka yang kurang maju dari segi pendidikan dan ekonomi akan mudah didominasi oleh orang Kadazan Penampang yang jauh lebih maju dalam aspek pendidikan dan ekonomi.
Kebanyakan orang Kadazandusun Penampang dan Papar menganggap perkataan Dusun mengandungi konotasi yang negatif iaitu "orang mundur" "kasar", "orang kampung" dan "primitif', manakala istilah Kadazan itu mengandungi makna "keagungan", "seman gat yang baik", "moden" dan "berpendidikan".19 Walaupun pemerintah dengan rasminya menerima penggunaan perkataan Kadazan sebagai salah satu kategori kumpulan etnik bumiputera Sabah pada tahun 1963, masih ramai masyarakat Dusun dari pedalaman seperti pemimpin orang Dusun Keningau iaitu G.S.Sundang dan O.K. Sed oman dan Datu Indan Kari yang enggan menerima pakai istilah itu. Pertikaian mengenai penggunaan kedua-dua nama ini telah membawa kepada kumpulan yang menentang penggunaan nama Kadazan menubuhkan parti United National Pasok Momogun (Pasok Momogun) pimpinan G. S. Sundang. Kontroversi penggunaan istilah ini berlarutan hingga tahun 1990-an. Sebagai jalan penyelesaian akhirnya kedua-dua pihak bersetuju menggabungkan kedua-dua perkataan itu menjadi Kadazandusun dan diterima pakai secara rasmi pada tahun 1998.


Gambar 5 : Kaum Kadazandusun

Keterlibatan persatuan dalam populasi Sabah memainkan peranan penting dalam membentuk kesatuan. Kemasukan persatuan Islam ke Sabah memberi impak besar terhadap kesedaran pendidikan kaum wanita. Ini menunjukkan kaum wanita juga perlu terlibat dalam proses pembelajaran.

Yang benar,
Muhammad Amin bin Shahrudin
Sukarelawan Misi TURDA 5.0 Sabah

Rujukan
Sabihah Osman. (1985). Pembangunan Politik Sabah: Satu Penelusuran Sejarah. Universiti Malaysia Sabah. Diambil dari http://www.ums.edu.my/fksw/images/files/BIL14-2008/Pembangunan%20Politik%20Sabah.pdf


Comments