PUISI TURDA 5.0 (Hari - 7)

PUISI 'PELUANG'

3/2/2018

Kg. Sumbilingon, Ranau

Hari Ketujuh


Sesungguhnya pengalaman itu mematangkan kita,
Pengalaman itu mengajar kita untuk mengenali dunia,
Pengalaman itu menjadi salah satu panduan hidup.
Rebutlah segala peluang yang ada,
Dan carilah sebanyak mana yang kau mampu,
Sebanyak mana yang kau mahu,
Semoga kau akan peroleh sesuatu dalam pencarianmu,
Untuk dijadikan sebagai pedoman hidup.

Azliyana Azmi
Sukarelawan TURDA 5.0
Kg. Sumbilingon, Ranau.



Puisi 'PERTEMUAN'

3/2/2018
Kg. Sumbilingon
Hari Ketujuh


Adakah tanpa mengenali
Akan muncul pertemuan ini
Adakah tanpa mengenali
Akan lahir satu cinta yang sejati
Adakah tanpa mengenali
Akan muncul satu penghargaan ini

Alhamdulillah
 kerana dengan mengenali muncul pertemuan ini
Alhamdulillah
 kerana mengenali lahir satu cinta sejati
Alhamdulillah
 kerana mengenali muncul satu penghargaan ini

Aisyah Norh
Sukarelawan TURDA 5.0
Kg. Sumbilingon, Ranau, Sabah.














Comments