PENDIDIKAN DI SABAH
PENGENALAN
                      Sebelum kedatangan orang Eropah, tidak banyak catatan tentang pendidikan di    Sabah.Bagaimanapun oleh kerana terdapat segelintir ahli masyarakat yang tahu berbahasa Melayu maka diandaikan bahawa tentu terdapat pusat-pusat madrasah di sepanjang pantai barat yang majoriti penduduknya adalah muslim.
Pada tahun 1883, sebuah sekolah telah dibuka di Sandakan oleh pihak misionari Roman Katolik. Pada masa yang sama juga sebuah lagi sekolah ditubuhkan di Inobong Penampang oleh pihak yang sama dan sehingga awal abad ke-20, terdapat tujuh sekolah mission yang diselenggarakan oleh pihak misionari Roman Katolik serta Anglikan di Sabah. Peranan kerajaan untuk terlibat sama dalam penyediaan pendidikan hanya bermula pada tahun 1915 apabila sekolah rendah pertama dibuka di Kota Kinabalu yang pada masa itu dikenali sebagai Jesselton. Sehingga tahun 1926, pendidikan sekolah rendah telah dilaksanakan dalam bahasa Inggeris, bahasa Melayu, bahasa Cina dan juga bahasa Kadazan. Pada masa tersebut bilangan sekolah rendah adalah sebanyak 89 buah dengan jumlah murid sebanyak 3,142 orang.
Semasa Perang Dunia Kedua, pelaksanaan pendidikan masih lagi diteruskan tetapi kurikulumnya adalah berdasarkan kepada falsafah Jepun. Pengajaran bahasa Jepun adalah diwajibkan dan sebarang pengaruh barat tidak dibenarkan. Bagaimanapun keadaan ini berubah setelah kekalahan pihak Jepun pada tahun 1945. Seterusnya pengaruh British dalam bidang pendidikan bertapak semula. Pada tahun berikutnya, Sabah telah menjadi tanah jajahan British dan seorang pengarah pendidikan kemudiannya dilantik. Seterusnya pelan pendidikan lima tahun telah digubal dan dilaksanakan semasa tempoh 1947 – 1952. Antara perkara yang ditekankan dalam pelan pendidikan ini adalah, i. enam tahun pendidikan sekolah rendah untuk semua, ii. pembenterasan buta huruf, iii. pendidikan kesihatan dan pertanian, iv. pendidikan untuk kanak-kanak perempuan dan v. latihan vokasional. Dalam sistem pendidikan berkenaan, bahasa Inggeris diberikan kedudukan yang istimewa.
Tahun-tahun 1950-an menampakkan satu perkembangan yang baru dalam pendidikan di Sabah. Pada masa-masa ini,  Lembaga Pendidikan Sabah dan lembaga-lembaga pendidikan di peringkat  daerah telah ditubuhkan. Antara fungsi lembaga-lembaga ini adalah untuk memberikan nasihat serta laporan kepada pihak kerajaan tentang segala pertanyaan terhadap polisi, kandungan peraturan-peraturan serta apa-apa perkara yang menjejaskan perkembangan pendidikan di Sabah. Pada lingkungan masa ini juga, sebuah sekolah menengah pertama telah ditubuhkan, iaitu Maktab Sabah yang terletak di Kota Kinabalu. Seterusnya pada akhir era kolonial iaitu pada tahun 1963, terdapat 489 sekolah rendah dan 30 sekolah menengah dengan jumlah murid sebanyak 63,482 di sekolah rendah dan sebanyak 6,575 murid di sekolah menengah. Selain daripada itu, pada masa itu juga terdapat sebuah sekolah perdagangan dengan jumlah pelajar sebanyak 147 orang.
Setelah menyertai Malaysia, pendidikan di Sabah telah menjadi tanggungjawab Kerajaan Persekutuan. Perihal pendidikan ini terkandung dalam Akta Pendidikan (1961) yang kemudiannya dikembangkan ke Sabah pada tahun 1976. Dalam tempoh 25 tahun itu (1963 – 1988), bidang pendidikan di Sabah memperlihatkan perkembangan serta perubahan  yang mengkagumkan. Antara perubahan yang paling penting dalam tempoh tersebut ialah pendemokrasian pendidikan yang bererti pendidikan secara percuma dan bersifat serwajagat. Perubahan ini amat ketara apabila terdapat pertambahan bilangan murid yang ramai, iaitu pada tahun 1963 dengan hanya 70,057 murid sahaja tetapi telah meningkat kepada 326,254 pada tahun 1988. Pertambahan bilangan murid ini memperlihatkan pertambahan hampir lima kali ganda. Masa-masa ini juga memperlihatkan perubahan bahasa pengantar daripada bahasa Inggeris kepada bahasa Melayu kecuali sekolah rendah Cina. Bagaimanapun, tahun 1983 merupakan titik penting dalam perkembangan pendidikan apabila kerajaan melaksanakan kurikulum baru di sekolah rendah. Seterusnya pengenalan kurikulum yang baru juga dilaksanakan di sekolah menengah pada tahun 1988. Kurikulum baru ini amat penting kerana ia adalah berlandaskan kepada falsafah pendidikan yang berorientasikan masyarakat dan negara bangsa Malaysia.


PERKEMBANGAN DAN PEMBANGUNAN FIZIKAL
                    Pada masa-masa awal kemerdekaan, usaha-usaha pembangunan pendidikan yang dilakukan oleh Jabatan Pendidikan adalah berdasarkan kepada polisi yang digubal oleh Lembaga Pendidikan Sabah. Kemudiannya apabila Jabatan Pendidikan diintegrasikan sepenuhnya dengan sistem persekutuan, polisi pendidikan kebangsaan telah diadaptasi dan digunapakai di Sabah. Bagaimanapun terdapat sedikit perbezaan di antara dua sistem ini. Secara dasarnya, polisi pendidikan kerajaan persekutuan adalah untuk i. Menyediakan tempat belajar bagi semua kanak-kanak dalam lingkungan umur belajar di sekolah rendah dan seterusnya di peringkat sekolah menengah, ii. Membangunkan kemudahan dan prasarana pendidikan, terutama di kawasan luar bandar dalam usaha untuk merapatkan jurang perbezaan kemajuan dengan masyarakat bandar, iii. Membangunkan latihan vokasional di samping membangunkan kemudahan latihan perguruan, dan iv. Membangunkan kemudahan pendidikan serta perkhidmatannya dalam usaha untuk mempertingkatkan kualiti pendidikan.
Sehingga itu, kerajaan persekutuan sejak tahun 1965, telah memperuntukkan sebanyak $982.15 juta melalui lima Pelan Pembangunan Malaysia. Ini adalah bukti sokongan dan komitmen kerajaan persekutuan terhadap pembangunan pendidikan di Sabah. Dalam analisis perbelanjaan bagi empat Pelan Pembangunan Malaysia, terdapat sedikit kurangan daripada jumlah peruntukan yang sepatutnya (19%). Ini disebabkan ia dibawa ke Pelan Pembangunan Malaysia yang seterusnya kerana terdapat sedikit kelewatan dalam pembangunan pendidikan di Sabah. Antaranya ialah kelambatan memperolehi tanah, masalah perhubungan dan sebagainya. Seterusnya prestasi perbelanjaan pembangunan telah meningkat kepada 89% pada akhir Pelan Pembangunan Malaysia keempat.
Satu ciri yang menonjol dalam Pelan Pembangunan Malaysia ketiga dan keempat ialah perbelanjaan yang banyak dalam program-program pembangunan kemudahan pendidikan terutama sekali di kawasan luar bandar. Dalam tempoh sepuluh tahun tersebut, sebanyak 128 buah sekolah rendah, 24buah sekolah menengah dan 3 buah sekolah vokasional telah dibina. Selain daripada itu, dua buah maktab perguruan juga telah siap dibina di Sandakan dan Keningau. Pendidikan melalui radio dan televisyen juga telah diperkenalkan bersama-sama dengan pembekalan alat radio, TV dan generator. Usaha-usaha ini juga diteruskan dalam Pelan Pembangunan Malaysia kelima dengan pengwujudan pusat-pusat sumber di peringkat sekolah dan daerah di seluruh negeri. Walaupun terdapat sedikit kemelesetan eknonomi  yang menjejaskan negara, tetapio Kerajaan Persekutuan telah meneruskan usaha pembangunan pendidikan di negeri ini. Dalam masa Pelan Pembangunan Malaysia yang kelima, Kerajaan Persekutuan telah memperuntukkan sebanyak $306.72 juta bagi pelbagai program pembangunan pendidikan di negeri ini.



Pendidikan di Rumah Putera Harapan (RPH), Ranau Sabah



Sebelum kami bertolak ke Kampung Sumbilingon, kami menetap terlebih dahulu di RPH. Anak-anak di RPH ini terdiri daripada anak yatim piatu dan anak-anak orang miskin. Mereka tinggal di sini dan segala pembiayaan dari segi makanan, pakaian dan pendidkan telah ditanggung oleh pihak RPH. Anak-anak ini mempunyai dua sesi persekolahan di mana sesi pagi dan sesi petang.
Kami iaitu sukarelawan Unisel telah diberi peluang untuk menyertai program Turun ke Desa di Sabah (TURDA). Di sini bermulalah misi pendidikan kami. Kami telah mengajar anak-anak ini mengaji ketika waktu lapang. Tidak lupa juga kami telah melalukan solat jemaah bersama di surau. Pada waktu sebelah petang pula, kami mengajak anak-anak RPH. Aktiviti yang kami jalankan adalah permainan sepak takrwa, badminton dan tarik tali.




  
PENDIDIKAN di SEKOLAH SRI GABUNGAN

Di sekolah , para sukarelawan telah mengajar anak-anak murid subjek Matemaik, Sains dan Bahasa Inggeris. Murid-murid di sekolah ini mudah untuk mempelajari subjek matematik dan sains tetapi subjek bahasa inggeris mereka agak sukar memahami. Mereka sangat tertarik akan eksperimen yang telah dilakukan oleh Farzana. Walaupun mereka tidak memahami apa subjek bahasa Inggeris tetapi mereka terhibur akan permainan yang dinamakan “ touch me “.




PENDIDIKAN DI KAMPUNG TANID
Di Kampung Tanid pula, beberapa orang sukarelawan telah mengajar tahsin solat. Di sini sukarelawan mengajar orang kampung yang terdiri daripada kanak-kanak dan orang tua. Walaupun mereka sudah berusia, tetapi semangat mereka untuk belajar itu sangat tinggi. Di Kampung ini tenaga pengajar sangat kurang untuk mengajar ilmu agama.



Selain daripada tahsin solat, kami juga adakan aktiviti sukan bersama anak-anak. Hal ini kerana bagi menarik minat kanak-kanak untuk hadir ke surau dengan lebih ramai secara tak langsung mereka akan diajar mengaji.



PENDIDIKAN DI KAMPUNG SUMBILINGON


Di Kampung Sumbilingon, kami telah mengajar kanak-kanak asas fardhu ain dan bacaan mengaji yang terdiri darpada al-quran dan iqra. Setiap hari kami akan mengajar mereka kerana Ustaz Samlin tidak dapat mengajar atas urusan lain. Kanak-kanak di sini sangat semangat kerana terdapat ustazah dan ustaz yang akan mengajar mereka. Meskipun umur mereka masih kecil tetapi ada yang sudah mula membaca al-quran. Selain itu, kami juga mengajar mereka cara-cara mengambil wudhu dengan menggunakan air sungai.

PENDIDIKAN DI KAMPUNG MALINSAU DARAT

Kampung ini ialah destinasi terakhir untuk kami mengajar tahsin solat dan fardhu ain sebelum pulang ke Kota Kinabalu. Di kampung ini, warga-warga desanya tidak ramai yang ingin belajar kerana agamanya telah bercampur Islam dan Kristian.

Meskipun makcik-makcik ini sibuk dengan kerjanya tetapi mereka tidak akan lepaskan peluang untuk belajar agama. Mereka juga bersemangat kerana dengan kehadiran kami, kami dapat membetulkan cara bacaan solat dan mengaji.

PENDIDIKAN DI SEKOLAH AGAMA RAKYAT

Ini ialah Sekolah Agama Rakyat yang terletak di Bandar Sierra, Kota Kinabalu. Di sekolah ini terdapat dua orang  guru yang bernama Nurriati binti Ali Omar dan Nurashikin Izzatil binti Ahmad. Di sini, Aisyah telah mengajar hukum tajwid kepada anak-anak murid.

Selain daripada mengajar hukum tajwid, kami juga mengajar mereka membuat eksperimen iaitu mengenali warna pelangi yang diketuai oleh Farzana. Di samping itu, terdapat aktiviti lain seperti senaman, mengajar azan dan maksudnya serta berkongsi sirah nabi-nabi. 

Comments